Wednesday 17 December 2014

Tugasan Teknovasi : 10 Foto Teknologi Dan Inovasi






Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum, salam sejahtera & salam di alam maya saya ucapkan kepada semua. ^_~

Berikut merupakan hasil tugasan saya untuk kursus GGGE2123 Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan di bawah seliaan Mejar Mohd Jasmy Abd Rahman.




 
GGGE2123
TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN

PREPARED FOR                : MEJAR MOHD JASMY ABD RAHMAN
PREPARED BY                   : SITI AISYAH BINTI BUHARI
                                                 : A151285
                                            : 940508-02-5728
                                            : SEM 1 2014/2015



1)      Barcode Trash Can



Tong sampah yang diberi nama Barcode Trash Can ini merupakan alat inovasi yang direka khas oleh Woo Seok Park. Tong sampah ini terbahagi kepada empat bahagian mengikut jenis sampah yang ingin dibuang oleh pengguna. Tong sampah ini sama sahaja fungsinya dengan tong sampah kitar semula yang lain, namun, ia mempunyai fungsi tambahan yang mempunyai keunikkan tersendiri. Fungsi tambahan tersebut ialah mempunyai alat pembaca barkod, “Barcode Reader”. Selain itu, cara penggunaan tong sampah ini amat mudah iaitu dengan hanya mengimbas barkod yang terdapat pada sampah yang ingin dibuang ke alat “Barcode Reader”, tong sampah yang sesuai dengan sampah tersebut akan terbuka dengan sendirinya. Namun, ingin diingatkan bahawa sampah-sampah yang terdiri daripada barangan domestik seperti sisa makanan tidak dapat diterima oleh tong sampah ini. Jelas, tong sampah ini memang amat menarik dan berguna.

2)      Pen Berteknologi Tinggi








Zaman berganti zaman, pelbagai alat berteknologi dan berinovasi tinggi direka khas demi kemudahan pengguna. Dahulu, penggunaan pen dan kertas boleh menjadi pengalaman yang menakutkan kepada orang ramai kerana pen yang digunakan tidak dilengkapi dengan kemudahan pemeriksaan ejaan seperti di komputer. Tetapi kini, pengguna tidak perlu bimbang kerana ada ciptaan hebat yang dapat menyelesaikan permasalahan itu. Ciptaan tersebut ialah Pen Berteknologi Tinggi. Pen ini akan bergetar setiap kali kesalahan ejaan dikesan. Pen yang dicipta oleh Syarikat Jerman Lernstif ini bertujuan membantu kanak-kanak sekolah untuk belajar menulis. Namun, pen ini sebanarnya sesuai digunakan oleh setiap peringkat umur. Pen yang masih dalam tahap percubaan ini mampu mengesan kesalahan ejaan atau pembentukan huruf dengan amaran getaran ketika digunakan penggunanya. Pengguna boleh memilih antara dua fungsi iaitu Mod kaligrafi (menunjukkan kecacatan bentuk dan kemudahan membaca) atau Mod Ortografi (mengesan kesalahan ortografik dan tatabahasa).

3)      Mesin Auto Wudu Washer



Mesin yang diberi nama Mesin Auto Wudu Washer ini telah direka oleh seorang ahli perniagaan terkenal iaitu Anthony Gomez. Mesin ini telah direka berdasarkan pengalaman dan pemerhatian  beliau hendak menggunakan tandas di dalam sebuah feri dalam perjalanan dari Pelabuhan Aqaba, Jordan ke Pelabuhan Taba, Mesir. Ketua Pegawai Eksekutif AACE Technologies Sdn. Bhd., (AACE Technologies) itu berasa terkejut apabila melihat keadaan tandas sempit yang dipenuhi kira-kira 40 jemaah haji yang sedang mengambil wuduk dengan menggunakan mesin. Keistimewaan mesin ciptaannya adalah ia tidak menggunakan air yang begitu banyak dan hanya memerlukan 1.3 liter untuk seseorang menyempurnakan wuduk. Ia merupakan mesin wuduk pertama yang dihasilkan oleh syarikat Malaysia dengan kerjasama seorang anak tempatan iaitu Dr. Taufiq selaku penasihat AACE Technologies. Mesin yang diperbuat daripada keluli tahan karat ini terdiri daripada dua model iaitu model 707(untuk kegunaan di rumah dan pejabat) dan model 708 ( untuk kegunaan di masjid, hotel dan pusat beli-belah). Pancuran air pada bahagian atas mesin ini memudahkan basuhan muka, tangan dan kepala.


4)      Air Umbrella







Air Umbrella adalah sebuah payung yang dicipta oleh dua orang lelaki Korea iaitu Je Sung Park dan Woo Jung Kwon. Payung yang direka tanpa menggunakan kanvas ini hanya menggunakan aliran angin dari bawah payung itu dan disemburkan ke atas bagi membentuk satu lapisan untuk menghalang air hujan dari menuju ke arah penggunanya. Di bahagian bawah kaki paying tersebut terdapat butang kawalan untuk menaik atau menurunkan aliran angina bagi menyesuaikan dengan kelajuan air hujan. Namun begitu, ciptaan yang menarik ini memerlukan penggunaan bateri yang banyak untuk mengaktifkannya.



5)      Basikal Anti-Pencuri




Basikal Anti-Curi ini merupakan basikal yang direka khas oleh salah seorang pelumba basikal Sukan Olimpik iaitu Chris Boardman. Basikal ini mempunyai tahap kelajuan yang tinggi. Tambahan lagi, ia turut dilengkapi dengan teknologi anti-kecurian. Hal ini berikutan, ia memerlukan pengaktifan cap jari penunggang bagi menggerakkan basikal ini. Di samping itu, basikal ini mempunyai satu system pemantauan yang dibina di dalam badan basikal. Keistimewaan lain ialah ia menyediakan bantuan penggunaan bateri jika penunggang berasa terlalu letih untuk menunggang secara manual.


6)      Beg Anti-Ragut, Blotch






Meniti era transisi Malaysia kearah sebuah negara maju menjelang tahun 2020, pelbagai peralatan berteknologi dan berinovasi tinggi telah direka oleh anak-anak muda tempatan. Salah satu daripada peralatan tersebut ialah Blotch atau lebih dikenali dengan panggilan beg tangan anti-ragut. Blotch telah direka dengan menggunakan system beg udara yang diubahsuai mengikut kesesuaian dan jana karbon dioksida. Penggunaan Blotch dapat memastikan peratusan keselamatan mangsa ragut lebih tinggi begitu dengan keselamatan barangan milik mereka. Hal ini demikian kerana sebaik sahaja peragut cuba menarik beg mangsa, salah satu daripada pemegang beg berkenaan akan bertindak sebagai picu yang mengaktifkan system beg udara yang terdapat di dalamnya. Tindak balas yang dihasilkan oleh gas karbon dioksida berkenaan akan mengakibatkan keseluruhan bahagian dalam beg berkenaan meletup. Pastinya situasi ini akan membuatkan peragut panik kerana sebaik sahaja letupan berlaku, kesemua barang yang berada di dalam beg tersebut akan berselerakan di atas jalan raya.


7)      Mesin Cuci Ajaib, The Swash




Mesin cuci ajaib ini direka khas oleh sebuah syarikat ternama di Michigan, Amerika Syarikat iaitu Syarikat Whirlpool yang melakukan kerjasama dengan Procter & Gamble (P&G). Mesin cuci ajaib ini bukan sahaja mampu menghilang kotoran yang terdapat pada pakaian yang dicuci malah mampu mengharumkan pakaian. Selain itu, mesin ini turut berfungsi untuk menseterika baju yang telah siap dicuci sekali gus menghilangkan kerut dan kedut yang terdapat pada pakaian yang dicuci. The Swash ini dapat digunakan hanya dengan cara menekan tombol pada mesin cuci dan semua ini dapat dilakukan dalam waktu yang sangat pantas iaitu 10 minit sahaja. Mesin ini sesuai digunakan oleh semua jenis kain sama ada jenis denim, wool, polyester, Kashmir dan lace.

8)      Lifesaver Bottle 4000





Botol air yang diberi nama Lifesaver Bottle 4000 merupakan botol penapisan semua-dalam-satu terunggul di dunia. Ia boleh menapis bakteria, virus, parasit, fungus dan patogen mikrobiologi lain yang merebak melalui air tanpa menggunakan bahan kimia seperti klorin dan iodin yang meninggalkan rasa yang tidak diingini.Botol ini menghasilkan air bersih dan steril dengan mudah dan cepat. Ia dilengkapi teknologi keselamatan Lifesaver yang canggih yang mengunci katrij penapisannya apabila ia telahpun luput, mengelakkan air yang tercemar daripada diminum.Dengan adanya teknologi ini, pengguna tidak perlu lagi menunggu air dimasak apabila mengembara di hutan terutamanya pada waktu-waktu getir seperti sesat di dalam hutan tanpa pemetik api untuk memasak air.


9)      Robot Penjaga Rumah, Rovio





Robot penjaga rumah yang dikenali sebagai Rovio ini akan melaporkan setiap apa yang berlaku di dalam rumah kepada penggunanya. Rovio berfungsi dengan menggunakan teknologi wirelessnya. Pengguna hanya perlu mainkannya dengan menggunakan web browser. Robot penjaga rumah, Rovio mempunyai kamera yang bergerak ke pelbagai sisi yang memungkinkan pengguna untuk dapat melihat dan mendengar apa sahaja yang robot Rovio dengar dan lihat pada layar. Selain itu, pengguna dengan mudah dapat mengatur titik arah sehingga robot Rovio dapat bergerak sendiri di sekitar rumah pengguna tanpa harus dikawal setiap langkahnya secara manual.



10)  Projektor Kecil The Spider






Projektor kecil yang diberi nama sebagai The Spider ini merupakan ciptaan dari Washington. The Spider mungkin kelihatan seperti sebuah pengisar makanan berteknologi tinggi, tetapi sebenarnya alat elektronik tiga dalam satu ini didakwa bakal menggantikan telefon bimbit, komputer riba dan mungkin juga televisyen. Hasil ciptaan Nikolaus Frank ini dilengkapi dengan pelbagai fungsi termasuk boleh mengeluarkan 'keyboard” di atas meja dengan menggunakan pancaran laser beresolusi tinggi. Ia juga boleh digunakan seperti 'keyboard' biasa yang digunakan sekarang. Sebenarnya, produk unik ini dicipta untuk syarikat pereka Franketc dan berfungsi sebagai peranti bagi generasi akan datang yang dijangka mampu bersaing dengan alat elektronik sedia ada keluaran Apple seperti iPhone dan iPad.






Sekian sahaja perkongsian saya untuk kali ini. Terima kasih.
 Semoga hasil tugasan saya bermanfaat untuk semua.








No comments:

Post a Comment