Wednesday 17 December 2014

Tugasan Teknovasi : Bahan Bantu Mengajar (BBM) Bukan Elektronik

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum, salam sejahtera & salam di alam maya kepada semua.

Berikut merupakan hasil tugasan saya untuk kursus GGGE2123 Teknologi Dan Inovasi Dalam Pendidikan di Bawah Seliaan Mejar Mohd Jasmy Abd Rahman.


GGGE2123
TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN
  
PREPARED FOR                : MEJAR MOHD JASMY ABD RAHMAN 
PREPARED BY                   : SITI AISYAH BINTI BUHARI 
                                                  : A151285
                                             : 940508-02-5728 / SEM 1 2014/2015

10 Gambar Pelbagai Posisi Bahan Bantu Mengajar (BBM) Bukan Elektronik

 

RODA CERIA

 





  1. Sekian sahaja perkongsian saya untuk kali ini. Terima kasih.

    Semoga hasil tugasan saya bermanfaat untuk semua.

Tugasan Teknovasi : Penulisan Artikel

Bismillahirrahmanirahhim...
Assalamualaikum, salam sejahtera & salam di alam maya kepada semua. =)

Berikut merupakan hasil tugasan saya untuk kursus GGGE2123 Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan di bawah seliaan Mejar Mohd Jasmy Abd Rahman.


GGGE2123
TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN
PREPARED FOR                : MEJAR JASMI BIN ABDUL RAHMAN
PREPARED BY                   NUR AMSYAR BINTI BAHARUDIN (A150912)
                                   SITI AISYAH BINTI BUHARI (A151285)
                                   NOOR AZIERAH BINTI MUHAMAD (A151291)
                                               
                                              : SEM 1 2014/2015



Penulisan Artikel : 





 TAJUK :


TAJUK :
KESAN SAMPINGAN PERGANTUNGAN ICT DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
ISI KANDUNGAN :
1.      PENDAHULUAN 
2.      PENYATAAN MASALAH 
3.      OBJEKTIF KAJIAN
4.      PERSOALAN KAJIAN
5.      METODOLOGI KAJIAN
6.      DAPATAN KAJIAN
7.      PERBINCANGAN
8.      CADANGAN KAJIAN
9.      KESIMPULAN
10.   RUJUKAN
1.0  PENDAHULUAN
Istilah teknologi maklumat muncul pada sekitar 1970-an. Bermula dari abad ke-20, banyak industri bertumbuh dengan pesat dalam membangunkan sektor elektronik, sector pengkomputeran, dan juga bidang-bidang teknologi yang lain. Oleh yang demikian, banyak kajian telah dilakukan bagi membantu inovasi serta pembaharuan yang dilakukan dalam bidang jentera dan pengkomputeran. Komputer komersial yang pertama adalah UNIVAC I yang direka bentuk oleh J. Presper Eckert dan John Mauchly untuk Biro Banci Amerika Syarikat. Pada akhir tahun 1970-an pula, muncul penciptaan mikrokomputer dan diikuti oleh penciptaan komputer peribadi oleh IBM pada tahun 1981.
      Kini, pada era globalisasi, semua maklumat boleh diperoleh hanya dihujung jari. Sains dan teknologi telah membawa kita kepada suatu perubahan kehidupan. Kemajuannya tidak boleh dinafikan lagi. Namun demikian, terdapat kesan kesan yang dilihat mengubah corak kehidupan sama ada kepada yang lebih positif mahupun negatif. Namun, pelbagai kesimpulan telah dibuat oleh individu berdasarkan pengamatan tentang kesan sains dan teknologi sama ada membawa kemajuan mahupun kemusnahan alam sejagat.
      Selain itu, pada masa kini, semakin banyak bahan-bahan ditukarkan kepada bit-bit dalam komputer. Hal ini bermakna ianya telah banyak memberi suatu perubahan dalam kehidupan masyarakat pada hari ini. Sebagai contoh,  golongan pelajar atau remaja yang mana setiap bahan rujukan atau maklumat yang hendak dicari tidak perlu lagi untuk ke perpustakaan. Hal ini kerana setiap teks atau journal hanya boleh didapati melalui e-journal . Oleh yang demikian, kehadiran teknologi dan inovasi ini telah melahirkan kalangan masyarakat bermaklumat dan ianya turut memberi kesan kepada golongan remaja. Menurut Alvin Toffler (1981), masyarakat bermaklumat adalah mereka yang menerima kehadiran gelombang ketiga (Third Wave) yang membawa potensi demokratik. Hal ini bermakna bahawa remaja masa kini turut membantu dalam pembangunan Negara.
      Kehadiran teknologi dan inovasi telah memberi pelbagai faedah dalam kehidupan remaja masa kini. Namun, ianya bergantung pada sikap remaja itu sendiri dalam mengaplikasikan setiap kemajuan dalam teknologi ini. Jika dilihat pada hari ini, mereka yang hadir dalam kalangan remaja lebih terpengaruh dengan kelebihan teknologi maklumat. Kesannya kepada pembangunan sosial generasi kini terlalu besar dimana mereka leka dengan kemajuan teknologi sehingga mengabaikan nilai murni dan sikap toleransi yang perlu dipupuk di dalam diri mereka. Sebagai contoh, internet yang merupakan gedung ilmu, telah disalah gunakan dengan melayari laman-laman web yang berunsur lucah dan tidak bermoral.
     
2.0  PENYATAAN MASALAH
Teknologi yang berkembang pesat sehingga ke hari ini memungkinkan semua lapisan masyarakat mendapat maklumat dengan begitu mudah. Pelbagai penerokaan maklumat boleh diperoleh tanpa ada batasan. Namun, disebalik kecanggihan dan kelebihan teknologi terkini, terselit suatu keburukan yang jarang sekali difikirkan kerana ia timbul tanpa disedari. Ramai golongan remaja terutamanya pelajar sekolah yang terpengaruh dengan kelebihan teknologi maklumat. Kesannya kepada pembangunan sosial generasi kita terlalu besar di mana mereka leka teknologi tersebut sehingga mengabaikan nilai murni. Sebagai contoh, internet yang berperanan sebagai gedung ilmu, tetapi kadangkala terdapat segelintir golongan remaja yang menyalahgunakan kelebihannya dengan melayari laman-laman web yang berunsurkan lucah dan tidak berakhlak. Hal ini akan mempengaruhi fikiran golongan tersebut dan menyumbang kepada gejala-gejala sosial yang tidak sihat pada masa kini.
      Oleh yang demikian, wujud persoalan sejauh manakah kesan buruk ini akan merosakkan generasi muda sekarang ? Adakah ianya akan dibiarkan sahaja, kerana berpendapat bahawa ini adalah akibat daripada impak globalisasi seperti yang diwar-warkan ? adakah masih menjadi tugas ibu bapa semata-mata untuk memastikan anak-anak tidak terdedah kepada budaya negatif ini? Dengan itu, peranan daripada pelbagai pihak adalah amat diperlukan bagi membendung fenomena ini.
      Menurut Schramn, 1964, mengandaikan bahawa media massa mampu meluaskan pengetahuan dan pengalaman, dan ia digunakan untuk meningkatkan aspirasi serta bertujuan membentuk pembangunan sesebuah Negara. Sebagai Negara yang sedang membangun, golongan remaja adalah asset penting dalam menerajui masa depan sesebuah Negara.
    
3.0  OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini mempunyai beberapa objektif yang ingin dicapai oleh pengkaji. Objektif tersebut adalah seperti yang dinyatakan di bawah :
1.      Melihat sejauhmana tujuan penggunaan ict yang digunakan.
2.      Menilai aplikasi yang digunakan dalam kalangan pelajar
3.   Meninjau  apakah faktor dari aspek hiburan dan sosial terhadap kehidupan mereka sebagai  pelajar
4.     Mengenalpasti kesan sampingan penggunaan ICT dalam kalangan pelajar sekolah menengah
4.0  PERSOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif-objektif yang telah dinyatakan di atas, maka persoalan kajian yang ingin dijawab ialah :
1.      Sejauh manakah tujuan penggunaan ICT yang digunakan.
2.      Apakah aplikasi yang digunakan dalam kalangan pelajar
3.      Apakah faktor dari aspek hiburan dan sosial terhadap kehidupan mereka sebagai pelajar
4.      Apakah kesan sampingan penggunaan ICT dalam kalangan pelajar. 
 
 
5.0    METODOLOGI KAJIAN
      i.          Kajian ini merupakan kajian kes yang dijalankan dalam kalangan pelajar sekolah menengah    yang berusia dari 13 tahun sehingga 17 tahun.
      ii.          Beberapa tatacara pengumpulan data digunakan yang meliputi :
     borang soal selidik secara atas talian,
     soalan terbuka,
     dan penelitian interaksi pelajar-pelajar sekolah menengah dengan ICT.
     Penelitian interaksi para pelajar sekolah menengah dengan ICT ketika di pusat siber ( cyber café ) membolehkan para pengkaji mengesan tahap pergantungan ICT dalam kalangan mereka sekaligus dapat menganalisis kesan sampingan yang akan berlaku. 
    iii.            Link borang soal selidik :
 
Borang soal selidik atas kalian ini diukur menggunakan skala jam dalam seminggu bagi setiap individu.
Pengkaji menggunakan skala likert :
Sangat tidak setuju  -  sangat setuju
6.0    DAPATAN KAJIAN
Pada bahagian ini, maklumat akan dibentangkan dalam bentuk carta, jadual dan huraian. Segala maklumat akan dibentangkan berdasarkan data yang diperoleh daripada soal selidik secara atas talian. Terdapat 6 bahagian dalam dapatan kajian iaitu Bahagian A mengenai Maklumat Demografi Pelajar dan Bahagian B mengenai Penggunaan Internet serta Bahagian C iaitu mengenai Tahap Penggunaan Internet. Bahagian D pula mengenai Tujuan Penggunaan Aplikasi ICT. Manakala bagi bahagian E mengenai Aplikasi Sosial Yang Digunakan Setiap Hari dan Bahagian F pula mengenai  Faktor Penggunaan Aplikasi ICT. Huraian keenam-enam bahagian adalah seperti yang berikut :
A . MAKLUMAT DEMOGRAFI PELAJAR
Bahagian ini mengupas mengenai dua soalan atas talian yang berkaitan dengan maklumat demografi pelajar melibatkan aspek jantina dan kategori sekolah. Data yang berikut menunjukkan  hasil yang diperoleh secara atas talian.
Jantina
Responden
(orang)
Peratus
( % )
Lelaki
4
21
Perempuan
15
79
Jadual 6.1 : Bilangan Responden Mengikut Jantina
Sumber     : Kajian Atas Talian 2014
Berdasarkan borang soal selidik yang diedarkan secara atas talian, kami mendapati seramai 4 orang daripada 19 responden keseluruhan adalah responden lelaki. Jumlah ini bersamaan dengan 21%. Manakala jumlah yang selebihnya iaitu sebanyak 15 orang responden bersamaan dengan 79% adalah terdiri daripada responden perempuan.Peratusan bilangan responden perempuan adalah lebih tinggi berbanding responden lelaki kerana link soal selidik ini diedarkan secara atas talian kepada rakan-rakan terdekat pengkaji yang majoritinya adalah perempuan.
Carta 6.2 : Bilangan Responden Mengikut Kategori Sekolah
Sumber     : Kajian Atas Talian 2014
Kategori sekolah
Responden
(orang)
Peratus
( % )
Bandar
7
37
Luar bandar
12
63
Jadual 6.2 : Bilangan Responden Mengikut Kategori Sekolah
Sumber     : Kajian Atas Talian 2014
Hasil daripada dapatan yang diperoleh, majoriti daripada kesembilan belas orang responden atas talian kajian ini adalah penduduk luar bandar iaitu sebanyak 12 orang responden bersamaan dengan 63% bilangan responden keseluruhan. Manakala, Jadual 6.2 menunjukkan 7 orang responden selebihnya adalah terdiri daripada responden yang tinggal di kawasan bandar. Jumlah ini tidak mengejutkan kerana pada hari ini, lebih ramai masyarakat luar bandar yang menggunakan ICT.
B. PENGGUNAAN INTERNET
Bahagian ini mengupas mengenai penggunaan internet dalam  kalangan pelajar sekolah menengah.
Carta 6.3 : Bilangan Kekerapan Responden Menggunakan Internet
Sumber     : Kajian Atas Talian 2014
Kekerapan menggunakan internet
Responden
( orang )
Peratus ( % )
Kurang 1 kali seminggu
1
5
1-3 kali seminggu
1
5
3-6 kali seminggu
8
42
Lebih 6 kali seminggu
9
47
Jadual 6.3 : Bilangan Kekerapan Responden Menggunakan Internet
Sumber     : Kajian Atas Talian 2014
Berdasaarkan carta dan jadual 6.3, kebanyakan responden menggunakan internet lebih 6 kali seminggu iaitu seramai 9 orang responden bersamaan dengan 47% daripada responden keseluruhan. Manakala, bagi responden yang berkeupayaan menggunakan internet 3 hingga 6 kali seminggu ialah 8 orang bersamaan 42% daripada 19 orang responden keseluruhan. Di samping itu, terdapat juga responden yang menggunakan internet 1 hingga 3 kali seminggu dan kurang dari 1 kali seminggu iaitu masing-masing seorang responden bersamaan dengan 5%. Bilangan-bilangan ini jelas menunjukkan bahawa ramai pelajar sekolah menengah yang bergantung kepada penggunaan ICT. 
Responden Mengikut Aktiviti Lapang
Aktiviti lapang
Responden
(orang)
Peratus
( % )
Melayari internet
10
53
Bermain permainan dalam talian ( online game )
0
0
Video streaming ( streaming video )
1
5
Muat turun ( download )
1
5
Membeli belah dalam talian ( online shopping )
1
5
Media sosial
6
32
Jadual 6.4 : Bilangan Responden Mengikut Aktiviti Lapang
Sumber     : Kajian Atas Talian 2014
Berdasarkan Jadual 6.4, 10 orang responden bersamaan dengan 53% daripada jumlah keseluruhan adalah melayari internet ketika di waktu lapang. Manakala, 6 orang iaitu bersamaan dengan 32% mengakses media sosial. Bagi video streaming (streaming video), Muat turun (download) dan membeli belah dalam talam (online shopping) masing-masing hanya satu responden bersamaan dengan 5 %. Berdasarkan daripada dapatan tersebut, jelas menunjukkan kebanyakkan pelajar sekolah menengah melayari internet ketika di waktu lapang dan secara tidak langsung ianya menunjukkan tahap kebergantungan yang tinggi dalam kalangan pelajar sekolah menengah terhadap internet.
Responden
(orang)
Peratus
( % )
Kaedah akses internet
4
21
komputer riba
0
0
Kafe siber
10
53
Telefon pintar
1
5
Wifi
0
0
Lain-lain
Carta 6.5 : Bilangan Responden Mengikut Kaedah Akses Internet
Sumber     : Kajian Atas Talian 2014
Jadual 6.5 : Bilangan Responden Mengikut Kaedah Akses Internet
Sumber     : Kajian Atas Talian 2014
Berdasarkan carta dan jadual 6.5 iaitu mengenai bilangan responden mengikut kaedah akses internet, didapati ramai responden mengakses internet menggunakan telefon pintar. Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila 53% bersamaan dengan 10 orang responden kajian memilih jawapan mengakses internet menggunakan telefon pintar. Manakala, 4 orang responden bersamaan dengan 21% jumlah keseluruhan menggunakan internet dengan menggunakan komputer riba. Seorang daripada 19 orang responden pula memilih mengakses internet menggunakan wifi. Manakala, tiada responden yang memilih jawapan iaitu mengakses internet menggunakan kafe siber dan lain-lain. Dapatan ini menunjukkan tahap pergantungan ICT yang tinggi dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Hal ini demikian kerana mereka lebih gemar menggunakan telefon bimbit berbanding alat teknologi yang lain. Telefon bimbit dipilih sebagai jawapan kerana ianya kecil dan mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja.
C. TAHAP PENGGUNAAN INTERNET
Tahap Kemahiran
Responden
(orang )
Peratus
(%)
Tiada kemahiran
0
0
Sedikit kemahiran
1
5
Sederhana
17
89
Mahir
1
5
Sangat Mahir
0
0
Jadual 6.6 : Bilangan Responden Mengikut Tahap Kemahiran
Sumber     : Kajian Atas Talian 2014
Berdasarkan Carta dan Jadual 6.6 yakni mengenai bilangan responden mengikut tahap kemahiran, sebanyak 89% iaitu bersamaan dengan 17 orang responden memilih tahap kemahiran sederhana sebagai pilihana jawapan mereka. Hanya seorang responden sahaja yang memilih tahap kemahiran sedikit dan mahir sebagai jawapan. Berdasarkan data ini, jelas menunjukkan bahawa majoriti pelajar sekolah menengah yang menggunakan ICT bukan disebabkan mahir tetapi disebabkan persekitaran.
D. TUJUAN PENGGUNAAN APLIKASI ICT
Berdasarkan kepada Graf 6.1, terdapat empat tujuan penggunaan aplikasi ICT  yang disenaraikan dalam kajian ini iaitu berhubung dengan rakan, berhubung dengan ibu bapa, berhubung dengan guru dan tujuan pelajaran. Sebanyak 79% daripada 19 orang responden memilih berhubung dengan rakan sebagai tujuan penggunaan ICT. Manakala, bagi tujuan berhubung dengan ibu bapa pula ialah sebanyak 62%. Hanya 65% responden yang menggunakan ICT bagi tujuan pelajaran. Seterusnya, bagi tujuan berhubung dengan guru menunjukkan nilai yang paling rendah iaitu sebanyak 58%. Dapat disimpulkan sememangnya tujuan penggunaan ICT bagi seseorang pelajar sekolah menengah adalah untuk berhubung dengan rakan.          Rakan menjadi faktor yang utama bagi menghantar pesanan ringkas dan sebagainya.
E.  APLIKASI SOSIAL YANG DIGUNAKAN SETIAP HARI
Berdasarkan Graf 6.8, Whatshapp menjadi keutamaan kepada para pelajar sekolah menengah. Seterusnya, Facebook dan Youtube turut menjadi aplikasi sosial yang sering dikunjungi oleh golongan ini. Dapat dilihat dengan jelas bahawa, penggunaan Blog dan Twitter setiap hari adalah sedikit berbanding dengan aplikasi sosial yang lain. Pastinya. Whatshapp menjadi pilihan utama kerana kepantasannya menghantar pesanan ringkas yang ingin mereka sampaikan kepada pihak kedua.
F. FAKTOR PENGGUNAAN APLIKASI ICT
Berdasarkan Carta 6.9, dapat dilihat dengan jelas bahawa faktor penggunaan aplikasi ICT  di laman sosial adalah disebabkan rakan yang sering menghantar pesanan ringkas melalui ICT. Faktor seterusnya ialah untuk melihat status terkini,  diikuti untuk membuat komentar di status rakan dan untuk meng”Like” status di laman sosial. Faktor lain ialah untuk melihat bilangan post dan ingin menunjukkan kepada rakan-rakan di laman sesawang bahawa dia bergiat aktif di atas talian.
KESIMPULAN DAPATAN KAJIAN
Sebagai kesimpulan kepada dapatan kajian, kebanyakan responden menggunakan ICT untuk berhubung dengan rakan. Di samping itu, majoriti daripada kesemua responden bersetuju ICT memberi kesan negatif kepada pelajar sekolah menengah. Terdapat beberapa aplikasi yang sering digunakan oleh responden iaitu WhatsApp dan Facebook. Faktor penggunaan aplikasi ICT adalah rakan sering menghantar pesanan melalui aplikasi di atas talian.
7.0    PERBINCANGAN KAJIAN
Bahagian ini akan membincangkan secara terperinci mengenai kajian berdasarkan data yang diperoleh daripada dapatan kajian. Perbincangan berfokuskan kepada kesan sampingan pergantungan ICT dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

7.1       KESAN SAMPINGAN PERGANTUNGAN  INTERNET (ICT) DALAM
             KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
Selaras dengan kecanggihan dunia pada hari ini, internet (ICT) dilihat sebagai pelengkap kepada kecanggihan tersebut. Namun, disebalik itu, terdapat kesan sampingan penggunaan internet (ICT) dari sudut yang negatif. Antaranya adalah seperti yang berikut:
7.1.1    Bebas Melayari Laman Lucah
Bebas melayari laman lucah Mereka bebas melayari laman web tanpa kawalan kerana  internet dikatakan dunia tanpa sempadan. Bahan-bahan lucah sering menjadi kegilaan remaja kerana dapat dilayari tanpa kawalan. Bahan lucah seperti ini merupakan budaya yang patut dibuang terhadap diri masing-masing kerana ia dapat merosakkan akidah dan jati diri seorang pelajar. Di samping itu, kesan daripada penyebaran laman web secara tidak terkawal ini menjadi penyumbang kepada masalah social yang semakin menjadi-jadi sehingga kepada zina. Contohnya,isu video porno dikalangan tersebar kepada masyarakat. Perilaku seksual tidak bermoral ini menjadi kelaziman pelajar sekarang. Keseronokan menonton bahan lucah mendorong individu menjadi gila seks selain perlakuan ini bakal mengundang perlakuan seks bebas. Kesan daripada seks bebas ini akan mendorong kepada perlakuan isu membuang bayi tidak berdosa. Membincangkan kes pembuangan bayi ini tidak dapat lari daripada isu anak luar nikah dan persoalan zina yang makin berleluasa kebelakangan ini. Justeru, untuk mengatasi permasalahan ini daripada berleluasa kepada pelajar, jalan yang boleh menuju ke arah perlakuan zina harus ditutup serapat-rapatnya,terutamanya di internet. Ini termasuk mengakses kepada bahan pornografi di internet.
7.1.2    Kurang Fokus Kepada Pelajaran
Internet juga dapat melekakan seseorang pelajar daripada fokus kepada proses pembelajarannya. Pelajar banyak menghabiskan masa dengan melayari laman web yang berbentuk hiburan semata-mata hanya untuk keseronokan yang tidak mendatangkan sebarang input. Masa yang patut diperuntukkan untuk mengulang kaji pelajaran terbuang begitu sahaja dengan melayari laman sosial seperti facebook,twitter dan sebagainya. Namun demikian jika pelajar terdedah dengan laman sosial yang terlalu bebas tanpa sebarang kawalan boleh menjerumus pelajar melakukan jenayah. Oleh itu, pelajar akan ketinggalan dari segi akademik dan gagal menyempurnakan tugasan mereka di institusi. Seharusnya, perkara ini dikawal dan di dalam setiap diri pelajar perlu tanam sikap yang positif untuk generasi kelak. Terikut budaya negatif Menurut sumber Harian Metro yang dikupas oleh Ketua Polis Pahang Datuk Shariffudin Abd Ghani Lee berkata melalui laman sosial pelajar akan mengenali individu tertentu. Contohnya budaya barat seperti “Black Metal”, “Punk”, dan “Skin Head” yang menjerumus pemikiran remaja di Malaysia. Oleh yang demikian, perkara ini boleh mengakibatkan pelajar terjerumus kepada masalah gensterisme di Malaysia. Sememangnya pelajar harus bersosial akan tetapi haruslah dihadkan waktu penggunaannya.
           
7.1.3    Menyemai Sifat Malas
Kepelbagaian aplikasi menarik seperti permainan yang terdapat di laman sosial membuatkan pelajar suka untuk menghabiskan masa dengan permainan tersebut. Hal ini, banyak memberi impak yang buruk terhadap pelajar kerana mereka akan berasa seronok dengan perkara yang tidak sewajarnya mereka lakukan sehingga terabai tanggunjawab mereka sebagai pelajar. Dan ia juga membawa kesan negatiF yang amat teruk sekali seperti, kecenderungan akhlak dan sebagainya di kalangan pelajar. Menyemai sifat malas Penggunaan internet secara berlebihan dan tanpa kawalan juga menyebabkan remaja menjadi malas untuk bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum seperti bersukan dan berpersatuan dapat menyihatkan badan tidak mendapat sambutan daripada pelajar. Pelajar kini lebih suka menghabiskan masa di hadapan komputer. Perkara ini amat merisaukan kerana ia mendatangkan banyak kesan negatif. Antaranya, pelajar akan jadi malas kerana badan tidak aktif sewaktu di dalam kelas. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia akan merosotkan prestasi pelajar sewaktu di dalam kelas. Aktiviti sukan yang dianjurkan oleh institusi pengajian bertujuan untuk mencergaskan badan di samping mencerdaskan minda. Oleh yang demikian pelajar harus bergiat aktif untuk melahirkan pelajar yang mantap dari segi lahiriah dan rohaniah. Akan tetapi, mereka menganggap menyertai kegiatan kokurikulum hanyalah membuang masa dan mereka mahu masa tersebut hanya untuk memenuhi keperluan mereka sendiri, seperti untuk menghabiskan melayari laman sosial di rumah dan kafe siber. Situasi begini boleh melahirkan pelajar yang kurang sihat dan ia memberi impak di masa yang akan datang. Di samping itu, hal ini juga akan melahirkan pelajar yang kurang inovatif kerana kokurikulum menggalakkan aktiviti berpersatuan. Persatuan amatlah penting untuk pelajar supaya lebih bertanggungjawab dalam menguruskan organisasi. Akan tetapi pelajar masa kini lebih aktif dengan persatuan sosial yang boleh mendatangkan masalah moral seperti “Gay”, “Lesbian”, dan sebagainya. Situasi ini amat serius disebabkan laman sosial mereka tidak bergiat dengan persatuan yang sewajarnya diikuti.
7.1.9    Enggan Bersosial
Sebagai pengguna internet, pelajar juga dikatakan golongan masyarakat yang enggan bersosial kerana mereka lebih suka menghabiskan masa di hadapan komputer sahaja. Keadaan ini menyebabkan masa bersama-sama keluarga, sahabat dan jiran semakin dilupakan sehingga hubungan itu menjadi renggang pula. Sudah pasti keadaan ini tidak sesuai buat mana-mana pihak terutama remaja yang perlu menjalani kehidupan sebenar di luar yang boleh memberi banyak pengajaran kepada mereka kelak. Semakin lama seseorang itu melayari internet semakin kuranglah masa yang mereka habiskan dalam dunia realiti sebenarnya.
7.1.10  Mendedahkan Pelajar Kepada Iklan Yang Tidak Sesuai
Mendedahkan pelajar dengan banyak iklan dan kandungan yang tidak sesuai. Banyak rancangan televisyen dan iklan menggambarkan seksualiti dan keganasan serta stereotaip dan penggunaan dadah dan alkohol terutamanya di internet, serta kandungan yang tidak sesuai untuk tumbesaran & perkembangan minda kanak kanak boleh terjejas dengan lambakan kandungan yang tidak sesuai untuk mereka di khuatiri boleh menyebabkan berlakunya kegiatan tidak sihat.
8.0    CADANGAN KAJIAN
Bahagian ini akan mengemukakan beberapa cadangan pengkaji bagi menangani kesan sampingan pergantungan ICT dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
      Sebagai langkah berjaga-jaga, disamping untuk mengelak masalah ini kian berleluasa di kalangan remaja sekolah menengah  terutamanya, beberapa langkah mengatasi haruslah diambil. Pendekatan haruslah diambil melalui pencegahan di rumah dan di sekolah. Di rumah, ibu bapa haruslah memantau aktiviti internet anak-anak mereka. Memandangkan internet telah menjadi keperluan utama, melarang mereka daripada menggunakan internet amatlah tidak wajar. Namun, langkah-langkah pemantauan amatlah berkesan dalam mengatasi masalah ini. Selain itu, di sekolah juga pemantauan haruslah dilakukan oleh guru-guru yang bertugas, memandangkan proses pembelajaran dan pengajaran sekarang banyak menggunakan internet. Selain itu, nilai-nilai murni juga wajar diterapkan di dalam minda remaja-remaja bagi mengelakkan masalah ini daripada bertambah teruk.
      Selain itu, mengehadkan penggunaan internet juga merupakan salah satu langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini. penggunaan internet boleh dilakukan dengan mengehadkan masa penggunaan atau mengehadkan jenis laman web yang boleh dilawati. Had penggunaan ini boleh dilakukan di rumah, di sekolah, dan di Pusat Siber Kafe. Had penggunaan internet wajar dilakukan kepada kanak-kanak bawah umur bagi mengelakkan kerosakan moral anak-anak remaja kita. Disamping itu juga, pengehadan penggunaan internet juga boleh membendung golongan bawah umur daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah.
      Penggunaan perisian internet yang dapat menyekat akses ke laman web yang tidak bermoral ini juga merupakan salah satu langkah yang amat efisyen dalam usaha untuk mengurangkan masalah ini. Penggunaan perisian ini sewajarnya telah diketahui umum kerana ianya merupakan salah satu jalan paling baik dalam mengelakkan masalah penyalahgunaan internet. Perisian ini wajar digunakan di institusi-institusi pengajian tinggi dan pejabat-pejabat besar. Perisian ini mampu menghalang akses ke laman web yang tidak bermoral ini.
      Sebagai kesimpulan, masalah penyalahgunaan internet ini wajar dibendung kerana ia akan merosakkan moral golongan remaja di Negara kita yang merupakan modal insan yang berharga. Justeru, langkah-langkah pencegahan seperti yang disebutkan di atas amatlah wajar dilaksanakan. Oleh itu, setiap individu perlu mengembleng tenaga untuk memastikan bakal-bakal pemimpin Negara kita memiliki akhlak yang mulia sekaligus memiliki aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek yang mantap.

     
9.0     KESIMPULAN KAJIAN
Kesimpulannya, Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur mestilah melengkapkan pelajarnya dengan standard etika yang cemerlang bagi melayari alam siber dengan penuh keselesaan dan bermanfaat. Responden menyedari bahawa ICT memberi kesan positif dan negatif kepada pelajar sekolah menengah. Kementerian perlu merancang alternatif untuk mengurangkan kesan negatif terhadap penggunaan negatif.
10.0      RUJUKAN
1.      Majalah Advokasi,2009
2.      Robins, Kevin & Frank Webster, Dangers of Information Technology and Responsibilities of Education. in R. Finnegan, G. Salaman & K. Thompson(ed.), Information Technology : Social Issues. Sevenoaks : Hodder & Stoughton, 1987.
3.      Erwitt, Smolan, One Digital Day : How the Microchip is Changing Our World. Times Books, New York, 1998.
            http://www.hbp.usm.my/methods/RPK534/Information%20Technology.html