Bismillahirrahmanirahhim...
Assalamualaikum, salam sejahtera & salam di alam maya kepada semua. =)
Berikut
merupakan hasil tugasan saya untuk kursus GGGE2123 Teknologi dan
Inovasi Dalam Pendidikan di bawah seliaan Mejar Mohd Jasmy Abd Rahman.
GGGE2123
TEKNOLOGI DAN INOVASI
DALAM PENDIDIKAN
PREPARED FOR : MEJAR JASMI BIN ABDUL RAHMAN
PREPARED BY : NUR AMSYAR BINTI BAHARUDIN (A150912)
PREPARED BY : NUR AMSYAR BINTI BAHARUDIN (A150912)
SITI
AISYAH BINTI BUHARI (A151285)
NOOR
AZIERAH BINTI MUHAMAD (A151291)
Penulisan Artikel :
TAJUK :
TAJUK :
KESAN
SAMPINGAN PERGANTUNGAN ICT DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
ISI
KANDUNGAN :
1.
PENDAHULUAN
2.
PENYATAAN MASALAH
3.
OBJEKTIF KAJIAN
4.
PERSOALAN KAJIAN
5.
METODOLOGI KAJIAN
6.
DAPATAN KAJIAN
7.
PERBINCANGAN
8.
CADANGAN KAJIAN
9.
KESIMPULAN
10. RUJUKAN
1.0
PENDAHULUAN
Istilah
teknologi maklumat muncul pada sekitar 1970-an. Bermula dari abad ke-20, banyak
industri bertumbuh dengan pesat dalam membangunkan sektor elektronik, sector
pengkomputeran, dan juga bidang-bidang teknologi yang lain. Oleh yang demikian,
banyak kajian telah dilakukan bagi membantu inovasi serta pembaharuan yang
dilakukan dalam bidang jentera dan pengkomputeran. Komputer komersial yang
pertama adalah UNIVAC I yang direka
bentuk oleh J. Presper Eckert dan John Mauchly untuk Biro Banci Amerika
Syarikat. Pada akhir tahun 1970-an pula, muncul penciptaan mikrokomputer dan
diikuti oleh penciptaan komputer peribadi oleh IBM pada tahun 1981.
Kini, pada era globalisasi, semua maklumat
boleh diperoleh hanya dihujung jari. Sains dan teknologi telah membawa kita
kepada suatu perubahan kehidupan. Kemajuannya tidak boleh dinafikan lagi. Namun
demikian, terdapat kesan kesan yang dilihat mengubah corak kehidupan sama ada
kepada yang lebih positif mahupun negatif. Namun, pelbagai kesimpulan telah
dibuat oleh individu berdasarkan pengamatan tentang kesan sains dan teknologi
sama ada membawa kemajuan mahupun kemusnahan alam sejagat.
Selain itu, pada masa kini, semakin banyak
bahan-bahan ditukarkan kepada bit-bit dalam komputer. Hal ini bermakna ianya
telah banyak memberi suatu perubahan dalam kehidupan masyarakat pada hari ini.
Sebagai contoh, golongan pelajar atau
remaja yang mana setiap bahan rujukan atau maklumat yang hendak dicari tidak
perlu lagi untuk ke perpustakaan. Hal ini kerana setiap teks atau journal hanya
boleh didapati melalui e-journal . Oleh yang demikian, kehadiran teknologi dan
inovasi ini telah melahirkan kalangan masyarakat bermaklumat dan ianya turut
memberi kesan kepada golongan remaja. Menurut Alvin Toffler (1981), masyarakat
bermaklumat adalah mereka yang menerima kehadiran gelombang ketiga (Third Wave)
yang membawa potensi demokratik. Hal ini bermakna bahawa remaja masa kini turut
membantu dalam pembangunan Negara.
Kehadiran teknologi dan inovasi telah
memberi pelbagai faedah dalam kehidupan remaja masa kini. Namun, ianya
bergantung pada sikap remaja itu sendiri dalam mengaplikasikan setiap kemajuan
dalam teknologi ini. Jika dilihat pada hari ini, mereka yang hadir dalam
kalangan remaja lebih terpengaruh dengan kelebihan teknologi maklumat. Kesannya
kepada pembangunan sosial generasi kini terlalu besar dimana mereka leka dengan
kemajuan teknologi sehingga mengabaikan nilai murni dan sikap toleransi yang
perlu dipupuk di dalam diri mereka. Sebagai contoh, internet yang merupakan
gedung ilmu, telah disalah gunakan dengan melayari laman-laman web yang
berunsur lucah dan tidak bermoral.
2.0
PENYATAAN
MASALAH
Teknologi
yang berkembang pesat sehingga ke hari ini memungkinkan semua lapisan
masyarakat mendapat maklumat dengan begitu mudah. Pelbagai penerokaan maklumat
boleh diperoleh tanpa ada batasan. Namun, disebalik kecanggihan dan kelebihan
teknologi terkini, terselit suatu keburukan yang jarang sekali difikirkan
kerana ia timbul tanpa disedari. Ramai golongan remaja terutamanya pelajar
sekolah yang terpengaruh dengan kelebihan teknologi maklumat. Kesannya kepada
pembangunan sosial generasi kita terlalu besar di mana mereka leka teknologi
tersebut sehingga mengabaikan nilai murni. Sebagai contoh, internet yang
berperanan sebagai gedung ilmu, tetapi kadangkala terdapat segelintir golongan
remaja yang menyalahgunakan kelebihannya dengan melayari laman-laman web yang
berunsurkan lucah dan tidak berakhlak. Hal ini akan mempengaruhi fikiran
golongan tersebut dan menyumbang kepada gejala-gejala sosial yang tidak sihat
pada masa kini.
Oleh yang demikian, wujud persoalan sejauh
manakah kesan buruk ini akan merosakkan generasi muda sekarang ? Adakah ianya
akan dibiarkan sahaja, kerana berpendapat bahawa ini adalah akibat daripada
impak globalisasi seperti yang diwar-warkan ? adakah masih menjadi tugas ibu
bapa semata-mata untuk memastikan anak-anak tidak terdedah kepada budaya
negatif ini? Dengan itu, peranan daripada pelbagai pihak adalah amat diperlukan
bagi membendung fenomena ini.
Menurut Schramn, 1964, mengandaikan bahawa
media massa mampu meluaskan pengetahuan dan pengalaman, dan ia digunakan untuk
meningkatkan aspirasi serta bertujuan membentuk pembangunan sesebuah Negara.
Sebagai Negara yang sedang membangun, golongan remaja adalah asset penting
dalam menerajui masa depan sesebuah Negara.
3.0
OBJEKTIF
KAJIAN
Kajian ini mempunyai beberapa
objektif yang ingin dicapai oleh pengkaji. Objektif tersebut adalah seperti
yang dinyatakan di bawah :
1. Melihat sejauhmana
tujuan penggunaan ict yang digunakan.
2. Menilai
aplikasi yang digunakan dalam kalangan pelajar
3. Meninjau apakah faktor dari aspek hiburan dan sosial
terhadap kehidupan mereka sebagai pelajar
4. Mengenalpasti
kesan sampingan penggunaan ICT dalam kalangan pelajar sekolah menengah
4.0
PERSOALAN
KAJIAN
Berdasarkan objektif-objektif yang
telah dinyatakan di atas, maka persoalan kajian yang ingin dijawab ialah :
1. Sejauh
manakah tujuan penggunaan ICT yang digunakan.
2. Apakah
aplikasi yang digunakan dalam kalangan pelajar
3. Apakah
faktor dari aspek hiburan dan sosial terhadap kehidupan mereka sebagai pelajar
4. Apakah
kesan sampingan penggunaan ICT dalam kalangan pelajar.
5.0 METODOLOGI
KAJIAN
i. Kajian ini merupakan kajian kes yang
dijalankan dalam kalangan pelajar sekolah menengah yang berusia dari 13 tahun
sehingga 17 tahun.
ii. Beberapa tatacara pengumpulan data digunakan
yang meliputi :
●
borang soal selidik secara atas talian,
●
soalan terbuka,
●
dan penelitian interaksi pelajar-pelajar
sekolah menengah dengan ICT.
●
Penelitian interaksi para pelajar sekolah
menengah dengan ICT ketika di pusat siber ( cyber café ) membolehkan para
pengkaji mengesan tahap pergantungan ICT dalam kalangan mereka sekaligus dapat
menganalisis kesan sampingan yang akan berlaku.
iii.
Link borang soal selidik :
Borang
soal selidik atas kalian ini diukur menggunakan skala jam dalam seminggu bagi
setiap individu.
Pengkaji
menggunakan skala likert :
Sangat
tidak setuju - sangat setuju
6.0 DAPATAN KAJIAN
Pada bahagian ini, maklumat akan dibentangkan dalam bentuk
carta, jadual dan huraian. Segala maklumat akan dibentangkan berdasarkan data
yang diperoleh daripada soal selidik secara atas talian. Terdapat 6 bahagian
dalam dapatan kajian iaitu Bahagian A mengenai Maklumat Demografi Pelajar dan
Bahagian B mengenai Penggunaan Internet serta Bahagian C iaitu mengenai Tahap
Penggunaan Internet. Bahagian D pula mengenai Tujuan Penggunaan Aplikasi ICT.
Manakala bagi bahagian E mengenai Aplikasi Sosial Yang Digunakan Setiap Hari
dan Bahagian F pula mengenai Faktor
Penggunaan Aplikasi ICT. Huraian keenam-enam bahagian adalah seperti yang
berikut :
A .
MAKLUMAT DEMOGRAFI PELAJAR
Bahagian ini mengupas mengenai dua
soalan atas talian yang berkaitan dengan maklumat demografi pelajar melibatkan
aspek jantina dan kategori sekolah. Data yang berikut menunjukkan hasil yang diperoleh secara atas talian.
|
|||||||||||
Jadual 6.1 : Bilangan Responden Mengikut Jantina
Sumber : Kajian
Atas Talian 2014
Berdasarkan borang soal selidik yang diedarkan secara atas
talian, kami mendapati seramai 4 orang daripada 19 responden keseluruhan
adalah responden lelaki. Jumlah ini bersamaan dengan 21%. Manakala jumlah
yang selebihnya iaitu sebanyak 15 orang responden bersamaan dengan 79% adalah
terdiri daripada responden perempuan.Peratusan bilangan responden perempuan
adalah lebih tinggi berbanding responden lelaki kerana link soal selidik ini
diedarkan secara atas talian kepada rakan-rakan terdekat pengkaji yang
majoritinya adalah perempuan.
|
Carta 6.2 : Bilangan Responden Mengikut Kategori Sekolah
Sumber : Kajian
Atas Talian 2014
Jadual 6.2 : Bilangan Responden Mengikut Kategori Sekolah
Sumber : Kajian
Atas Talian 2014
|
|||||||||||
Hasil daripada dapatan yang
diperoleh, majoriti daripada kesembilan belas orang responden atas talian
kajian ini adalah penduduk luar bandar iaitu sebanyak 12 orang responden
bersamaan dengan 63% bilangan responden keseluruhan. Manakala, Jadual 6.2
menunjukkan 7 orang responden selebihnya adalah terdiri daripada responden
yang tinggal di kawasan bandar. Jumlah ini tidak mengejutkan kerana pada hari
ini, lebih ramai masyarakat luar bandar yang menggunakan ICT.
|
B. PENGGUNAAN INTERNET
Bahagian
ini mengupas mengenai penggunaan internet dalam
kalangan pelajar sekolah menengah.
Carta 6.3 : Bilangan Kekerapan Responden Menggunakan
Internet
Sumber : Kajian
Atas Talian 2014
|
Jadual
6.3 : Bilangan Kekerapan Responden Menggunakan Internet
Sumber : Kajian Atas Talian 2014
Berdasaarkan carta dan jadual 6.3, kebanyakan responden
menggunakan internet lebih 6 kali seminggu iaitu seramai 9 orang responden
bersamaan dengan 47% daripada responden keseluruhan. Manakala, bagi responden
yang berkeupayaan menggunakan internet 3 hingga 6 kali seminggu ialah 8 orang
bersamaan 42% daripada 19 orang responden keseluruhan. Di samping itu, terdapat
juga responden yang menggunakan internet 1 hingga 3 kali seminggu dan kurang
dari 1 kali seminggu iaitu masing-masing seorang responden bersamaan dengan 5%.
Bilangan-bilangan ini jelas menunjukkan bahawa ramai pelajar sekolah menengah
yang bergantung kepada penggunaan ICT.
Responden Mengikut Aktiviti Lapang
Aktiviti lapang
|
Responden
(orang)
|
Peratus
( % ) |
Melayari internet
|
10
|
53
|
Bermain permainan dalam talian ( online game )
|
0
|
0
|
Video streaming ( streaming video )
|
1
|
5
|
Muat turun ( download )
|
1
|
5
|
Membeli belah dalam talian ( online shopping )
|
1
|
5
|
Media sosial
|
6
|
32
|
Jadual
6.4 : Bilangan Responden Mengikut Aktiviti Lapang
Sumber : Kajian Atas Talian 2014
Berdasarkan Jadual 6.4, 10 orang responden bersamaan dengan
53% daripada jumlah keseluruhan adalah melayari internet ketika di waktu
lapang. Manakala, 6 orang iaitu bersamaan dengan 32% mengakses media sosial.
Bagi video streaming (streaming video), Muat turun (download) dan membeli belah
dalam talam (online shopping) masing-masing hanya satu responden bersamaan
dengan 5 %. Berdasarkan daripada dapatan tersebut, jelas menunjukkan
kebanyakkan pelajar sekolah menengah melayari internet ketika di waktu lapang
dan secara tidak langsung ianya menunjukkan tahap kebergantungan yang tinggi
dalam kalangan pelajar sekolah menengah terhadap internet.
Responden
(orang)
|
Peratus
( % )
|
Kaedah akses internet
|
4
|
21
|
komputer riba
|
0
|
0
|
Kafe siber
|
10
|
53
|
Telefon pintar
|
1
|
5
|
Wifi
|
0
|
0
|
Lain-lain
|
Carta
6.5 : Bilangan Responden Mengikut Kaedah Akses Internet
Sumber : Kajian Atas Talian 2014
Jadual
6.5 : Bilangan Responden Mengikut Kaedah Akses Internet
Sumber : Kajian Atas Talian 2014
Berdasarkan carta dan jadual 6.5
iaitu mengenai bilangan responden mengikut kaedah akses internet, didapati
ramai responden mengakses internet menggunakan telefon pintar. Hal ini dapat
dilihat dengan jelas apabila 53% bersamaan dengan 10 orang responden kajian
memilih jawapan mengakses internet menggunakan telefon pintar. Manakala, 4
orang responden bersamaan dengan 21% jumlah keseluruhan menggunakan internet
dengan menggunakan komputer riba. Seorang daripada 19 orang responden pula
memilih mengakses internet menggunakan wifi. Manakala, tiada responden yang
memilih jawapan iaitu mengakses internet menggunakan kafe siber dan lain-lain.
Dapatan ini menunjukkan tahap pergantungan ICT yang tinggi dalam kalangan
pelajar sekolah menengah. Hal ini demikian kerana mereka lebih gemar
menggunakan telefon bimbit berbanding alat teknologi yang lain. Telefon bimbit
dipilih sebagai jawapan kerana ianya kecil dan mudah untuk dibawa kemana-mana
sahaja.
C. TAHAP PENGGUNAAN INTERNET
Tahap Kemahiran
|
Responden
(orang )
|
Peratus
(%)
|
Tiada kemahiran
|
0
|
0
|
Sedikit kemahiran
|
1
|
5
|
Sederhana
|
17
|
89
|
Mahir
|
1
|
5
|
Sangat Mahir
|
0
|
0
|
Jadual
6.6 : Bilangan Responden Mengikut Tahap Kemahiran
Sumber : Kajian Atas Talian 2014
Berdasarkan Carta dan Jadual 6.6 yakni mengenai bilangan
responden mengikut tahap kemahiran, sebanyak 89% iaitu bersamaan dengan 17
orang responden memilih tahap kemahiran sederhana sebagai pilihana jawapan
mereka. Hanya seorang responden sahaja yang memilih tahap kemahiran sedikit dan
mahir sebagai jawapan. Berdasarkan data ini, jelas menunjukkan bahawa majoriti
pelajar sekolah menengah yang menggunakan ICT bukan disebabkan mahir tetapi
disebabkan persekitaran.
D. TUJUAN PENGGUNAAN APLIKASI ICT
Berdasarkan kepada Graf 6.1, terdapat empat tujuan
penggunaan aplikasi ICT yang
disenaraikan dalam kajian ini iaitu berhubung dengan rakan, berhubung dengan
ibu bapa, berhubung dengan guru dan tujuan pelajaran. Sebanyak 79% daripada 19
orang responden memilih berhubung dengan rakan sebagai tujuan penggunaan ICT.
Manakala, bagi tujuan berhubung dengan ibu bapa pula ialah sebanyak 62%. Hanya
65% responden yang menggunakan ICT bagi tujuan pelajaran. Seterusnya, bagi
tujuan berhubung dengan guru menunjukkan nilai yang paling rendah iaitu
sebanyak 58%. Dapat disimpulkan sememangnya tujuan penggunaan ICT bagi
seseorang pelajar sekolah menengah adalah untuk berhubung dengan rakan. Rakan menjadi faktor yang utama bagi
menghantar pesanan ringkas dan sebagainya.
E. APLIKASI SOSIAL YANG DIGUNAKAN SETIAP HARI
Berdasarkan
Graf 6.8, Whatshapp menjadi keutamaan kepada para pelajar sekolah menengah.
Seterusnya, Facebook dan Youtube turut menjadi aplikasi sosial yang sering
dikunjungi oleh golongan ini. Dapat dilihat dengan jelas bahawa, penggunaan
Blog dan Twitter setiap hari adalah sedikit berbanding dengan aplikasi sosial
yang lain. Pastinya. Whatshapp menjadi pilihan utama kerana kepantasannya
menghantar pesanan ringkas yang ingin mereka sampaikan kepada pihak kedua.
F.
FAKTOR PENGGUNAAN APLIKASI ICT
Berdasarkan Carta 6.9, dapat dilihat dengan jelas bahawa
faktor penggunaan aplikasi ICT di laman
sosial adalah disebabkan rakan yang sering menghantar pesanan ringkas melalui
ICT. Faktor seterusnya ialah untuk melihat status terkini, diikuti untuk membuat komentar di status
rakan dan untuk meng”Like” status di laman sosial. Faktor lain ialah untuk
melihat bilangan post dan ingin menunjukkan kepada rakan-rakan di laman
sesawang bahawa dia bergiat aktif di atas talian.
KESIMPULAN DAPATAN KAJIAN
Sebagai kesimpulan kepada dapatan kajian, kebanyakan
responden menggunakan ICT untuk berhubung dengan rakan. Di samping itu,
majoriti daripada kesemua responden bersetuju ICT memberi kesan negatif kepada
pelajar sekolah menengah. Terdapat beberapa aplikasi yang sering digunakan oleh
responden iaitu WhatsApp dan Facebook. Faktor penggunaan aplikasi ICT adalah
rakan sering menghantar pesanan melalui aplikasi di atas talian.
7.0 PERBINCANGAN
KAJIAN
Bahagian ini akan membincangkan secara terperinci mengenai
kajian berdasarkan data yang diperoleh daripada dapatan kajian. Perbincangan
berfokuskan kepada kesan sampingan pergantungan ICT dalam kalangan pelajar
sekolah menengah.
7.1 KESAN SAMPINGAN PERGANTUNGAN INTERNET (ICT) DALAM
KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
Selaras dengan kecanggihan dunia pada hari ini, internet
(ICT) dilihat sebagai pelengkap kepada kecanggihan tersebut. Namun, disebalik
itu, terdapat kesan sampingan penggunaan internet (ICT) dari sudut yang
negatif. Antaranya adalah seperti yang berikut:
7.1.1 Bebas Melayari Laman Lucah
Bebas
melayari laman lucah Mereka bebas melayari laman web tanpa kawalan kerana internet dikatakan dunia tanpa sempadan.
Bahan-bahan lucah sering menjadi kegilaan remaja kerana dapat dilayari tanpa
kawalan. Bahan lucah seperti ini merupakan budaya yang patut dibuang terhadap
diri masing-masing kerana ia dapat merosakkan akidah dan jati diri seorang
pelajar. Di samping itu, kesan daripada penyebaran laman web secara tidak
terkawal ini menjadi penyumbang kepada masalah social yang semakin menjadi-jadi
sehingga kepada zina. Contohnya,isu video porno dikalangan tersebar kepada
masyarakat. Perilaku seksual tidak bermoral ini menjadi kelaziman pelajar
sekarang. Keseronokan menonton bahan lucah mendorong individu menjadi gila seks
selain perlakuan ini bakal mengundang perlakuan seks bebas. Kesan daripada seks
bebas ini akan mendorong kepada perlakuan isu membuang bayi tidak berdosa.
Membincangkan kes pembuangan bayi ini tidak dapat lari daripada isu anak luar
nikah dan persoalan zina yang makin berleluasa kebelakangan ini. Justeru, untuk
mengatasi permasalahan ini daripada berleluasa kepada pelajar, jalan yang boleh
menuju ke arah perlakuan zina harus ditutup serapat-rapatnya,terutamanya di
internet. Ini termasuk mengakses kepada bahan pornografi di internet.
7.1.2 Kurang Fokus Kepada Pelajaran
Internet
juga dapat melekakan seseorang pelajar daripada fokus kepada proses
pembelajarannya. Pelajar banyak menghabiskan masa dengan melayari laman web
yang berbentuk hiburan semata-mata hanya untuk keseronokan yang tidak
mendatangkan sebarang input. Masa yang patut diperuntukkan untuk mengulang kaji
pelajaran terbuang begitu sahaja dengan melayari laman sosial seperti
facebook,twitter dan sebagainya. Namun demikian jika pelajar terdedah dengan
laman sosial yang terlalu bebas tanpa sebarang kawalan boleh menjerumus pelajar
melakukan jenayah. Oleh itu, pelajar akan ketinggalan dari segi akademik dan
gagal menyempurnakan tugasan mereka di institusi. Seharusnya, perkara ini
dikawal dan di dalam setiap diri pelajar perlu tanam sikap yang positif untuk
generasi kelak. Terikut budaya negatif Menurut sumber Harian Metro yang dikupas
oleh Ketua Polis Pahang Datuk Shariffudin Abd Ghani Lee berkata melalui laman
sosial pelajar akan mengenali individu tertentu. Contohnya budaya barat seperti
“Black Metal”, “Punk”, dan “Skin Head” yang menjerumus pemikiran remaja di
Malaysia. Oleh yang demikian, perkara ini boleh mengakibatkan pelajar
terjerumus kepada masalah gensterisme di Malaysia. Sememangnya pelajar harus
bersosial akan tetapi haruslah dihadkan waktu penggunaannya.
7.1.3 Menyemai Sifat Malas
Kepelbagaian
aplikasi menarik seperti permainan yang terdapat di laman sosial membuatkan
pelajar suka untuk menghabiskan masa dengan permainan tersebut. Hal ini, banyak
memberi impak yang buruk terhadap pelajar kerana mereka akan berasa seronok
dengan perkara yang tidak sewajarnya mereka lakukan sehingga terabai
tanggunjawab mereka sebagai pelajar. Dan ia juga membawa kesan negatiF yang
amat teruk sekali seperti, kecenderungan akhlak dan sebagainya di kalangan
pelajar. Menyemai sifat malas Penggunaan internet secara berlebihan dan tanpa
kawalan juga menyebabkan remaja menjadi malas untuk bergiat aktif dalam
aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum seperti bersukan dan berpersatuan
dapat menyihatkan badan tidak mendapat sambutan daripada pelajar. Pelajar kini
lebih suka menghabiskan masa di hadapan komputer. Perkara ini amat merisaukan
kerana ia mendatangkan banyak kesan negatif. Antaranya, pelajar akan jadi malas
kerana badan tidak aktif sewaktu di dalam kelas. Hal ini tidak sepatutnya
berlaku kerana ia akan merosotkan prestasi pelajar sewaktu di dalam kelas.
Aktiviti sukan yang dianjurkan oleh institusi pengajian bertujuan untuk
mencergaskan badan di samping mencerdaskan minda. Oleh yang demikian pelajar
harus bergiat aktif untuk melahirkan pelajar yang mantap dari segi lahiriah dan
rohaniah. Akan tetapi, mereka menganggap menyertai kegiatan kokurikulum
hanyalah membuang masa dan mereka mahu masa tersebut hanya untuk memenuhi
keperluan mereka sendiri, seperti untuk menghabiskan melayari laman sosial di
rumah dan kafe siber. Situasi begini boleh melahirkan pelajar yang kurang sihat
dan ia memberi impak di masa yang akan datang. Di samping itu, hal ini juga
akan melahirkan pelajar yang kurang inovatif kerana kokurikulum menggalakkan aktiviti
berpersatuan. Persatuan amatlah penting untuk pelajar supaya lebih
bertanggungjawab dalam menguruskan organisasi. Akan tetapi pelajar masa kini
lebih aktif dengan persatuan sosial yang boleh mendatangkan masalah moral
seperti “Gay”, “Lesbian”, dan sebagainya. Situasi ini amat serius disebabkan
laman sosial mereka tidak bergiat dengan persatuan yang sewajarnya diikuti.
7.1.9 Enggan Bersosial
Sebagai
pengguna internet, pelajar juga dikatakan golongan masyarakat yang enggan
bersosial kerana mereka lebih suka menghabiskan masa di hadapan komputer
sahaja. Keadaan ini menyebabkan masa bersama-sama keluarga, sahabat dan jiran
semakin dilupakan sehingga hubungan itu menjadi renggang pula. Sudah pasti
keadaan ini tidak sesuai buat mana-mana pihak terutama remaja yang perlu
menjalani kehidupan sebenar di luar yang boleh memberi banyak pengajaran kepada
mereka kelak. Semakin lama seseorang itu melayari internet semakin kuranglah
masa yang mereka habiskan dalam dunia realiti sebenarnya.
7.1.10 Mendedahkan Pelajar
Kepada Iklan Yang Tidak Sesuai
Mendedahkan
pelajar dengan banyak iklan dan kandungan yang tidak sesuai. Banyak rancangan
televisyen dan iklan menggambarkan seksualiti dan keganasan serta stereotaip
dan penggunaan dadah dan alkohol terutamanya di internet, serta kandungan yang
tidak sesuai untuk tumbesaran & perkembangan minda kanak kanak boleh
terjejas dengan lambakan kandungan yang tidak sesuai untuk mereka di khuatiri
boleh menyebabkan berlakunya kegiatan tidak sihat.
8.0 CADANGAN
KAJIAN
Bahagian
ini akan mengemukakan beberapa cadangan pengkaji bagi menangani kesan sampingan
pergantungan ICT dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
Sebagai langkah berjaga-jaga, disamping
untuk mengelak masalah ini kian berleluasa di kalangan remaja sekolah
menengah terutamanya, beberapa langkah
mengatasi haruslah diambil. Pendekatan haruslah diambil melalui pencegahan di
rumah dan di sekolah. Di rumah, ibu bapa haruslah memantau aktiviti internet
anak-anak mereka. Memandangkan internet telah menjadi keperluan utama, melarang
mereka daripada menggunakan internet amatlah tidak wajar. Namun,
langkah-langkah pemantauan amatlah berkesan dalam mengatasi masalah ini. Selain
itu, di sekolah juga pemantauan haruslah dilakukan oleh guru-guru yang
bertugas, memandangkan proses pembelajaran dan pengajaran sekarang banyak
menggunakan internet. Selain itu, nilai-nilai murni juga wajar diterapkan di
dalam minda remaja-remaja bagi mengelakkan masalah ini daripada bertambah
teruk.
Selain itu, mengehadkan penggunaan
internet juga merupakan salah satu langkah yang boleh diambil untuk mengatasi
masalah ini. penggunaan internet boleh dilakukan dengan mengehadkan masa penggunaan
atau mengehadkan jenis laman web yang boleh dilawati. Had penggunaan ini boleh
dilakukan di rumah, di sekolah, dan di Pusat Siber Kafe. Had penggunaan
internet wajar dilakukan kepada kanak-kanak bawah umur bagi mengelakkan
kerosakan moral anak-anak remaja kita. Disamping itu juga, pengehadan
penggunaan internet juga boleh membendung golongan bawah umur daripada
melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah.
Penggunaan perisian internet yang dapat
menyekat akses ke laman web yang tidak bermoral ini juga merupakan salah satu
langkah yang amat efisyen dalam usaha untuk mengurangkan masalah ini.
Penggunaan perisian ini sewajarnya telah diketahui umum kerana ianya merupakan
salah satu jalan paling baik dalam mengelakkan masalah penyalahgunaan internet.
Perisian ini wajar digunakan di institusi-institusi pengajian tinggi dan
pejabat-pejabat besar. Perisian ini mampu menghalang akses ke laman web yang
tidak bermoral ini.
Sebagai kesimpulan, masalah penyalahgunaan
internet ini wajar dibendung kerana ia akan merosakkan moral golongan remaja di
Negara kita yang merupakan modal insan yang berharga. Justeru, langkah-langkah
pencegahan seperti yang disebutkan di atas amatlah wajar dilaksanakan. Oleh itu,
setiap individu perlu mengembleng tenaga untuk memastikan bakal-bakal pemimpin
Negara kita memiliki akhlak yang mulia sekaligus memiliki aspek jasmani, emosi,
rohani, dan intelek yang mantap.
9.0 KESIMPULAN
KAJIAN
Kesimpulannya, Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan
makmur mestilah melengkapkan pelajarnya dengan standard etika yang cemerlang
bagi melayari alam siber dengan penuh keselesaan dan bermanfaat.
Responden
menyedari bahawa ICT memberi kesan positif dan negatif kepada pelajar sekolah
menengah. Kementerian perlu merancang alternatif untuk mengurangkan kesan
negatif terhadap penggunaan negatif.
10.0 RUJUKAN
1. Majalah Advokasi,2009
2.
Robins, Kevin & Frank Webster, Dangers of Information Technology
and Responsibilities of Education. in R. Finnegan, G. Salaman & K.
Thompson(ed.), Information Technology : Social Issues. Sevenoaks : Hodder &
Stoughton, 1987.
3.
Erwitt,
Smolan, One Digital Day : How the Microchip is Changing Our World. Times
Books, New York, 1998.
http://www.hbp.usm.my/methods/RPK534/Information%20Technology.html
No comments:
Post a Comment